Remington M700
Remington M700

Remington M700

Remington Model 700 merupakan selaras raifal pemburu buatan Remington Firearms dari Amerika Syarikat.Syarikat Remington mengeluarkan produk raifal ini disekitar tahun 1962. Menggunakan sistem yang sama; sistem bolt action, berkapasiti 3, 4 atau 5-butir peluru dalam kelopak, dan menggunakan sistem pejera teleskopik dan udi raifal yang diperbuat daripada kayu bermutu tinggi. Versi ini menggunakan bipod, sling dan peralatan sokongan yang lain. Semua Model 700 mempunyai sistem kelopak yang boleh tanggal, bagi memudahkan pengisian peluru yang lebih pantas.U.S. Army's M24 Sniper Weapon System dan U.S. Marine Corps' M40 sniper menggunakan Remington Model 700. Dianggarkan, sebanyak 90% unit penembak tepat polis di Amerika Syarikat, serta beberapa organisasi keselamatan di luar Amerika, turut menggunakan Model 700, khasnya Model 700PSS (kini 700P) buatan Remington Firearms.

Remington M700

Kaliber .223 Rem (5.56x45mm) dan .308 Win (7.62mm NATO)
Tempat asal  Amerika Syarikat
Sistem suapan 4-butir peluru (bagi model 700 Police DM menggunakan kalibeer .308 Win)
Jarak tembakan maksimum 800 meter
Kartrij .223 Rem (5.56 x 45 mm) dan .308 Win (7.62mm NATO)
Berat 4.08 kg tanpa peluru dan pejera teleskop
Panjang 1662 mm
Penglihatan Pejera Teleskop
Panjang laras 660mm.
Digunakan oleh Amerika Syarikat dan semua organisasi ketenteraan dan penguatkuasa undang-undang
Pengeluar Remington Arms
Jenis Raifal Penembak Hendap
Aksi Bolt Action